13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP
Ramai yang tanya saya apa yang mereka akan dapat dengan menyertai GCP sebagai pengedar emas.Sebelum itu kena faham dulu untuk apa jadi pengedar emas?Meniaga macam jual penapis air ke?Tunjuk emas dan suruh orang beli?Jika itu tanggapan anda,teruskan membaca supaya anda lebih faham.Di bawah adalah petikan dari artikel sebelum ini,saya ulang kerana sehingga sekarang saya masih menerima soalan yang sama.Mungkin kena guna kaedah pengulangan sehinggalah sebati dalam ingatan semua
1. Bisnes apa ni?
GCP adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dalam
bentuk barang kemas 999, dinar 999 dan gold bar 999.9 dari berat 1 gram
(sekitar RM200+) sehinggalah ke 100g. Konsepnya adalah simpanan untuk
jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang
kita dari susut nilai dan kalis inflasi. Ianya ada kaitan dengan wang
kertas yang sebenarnya bukan matawang yang bernilai pada hakikatnya.
2.Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?
Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan-bulan, pulangan, dividen
dan sebagainya.Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas, dan
simpanlah emas tersebut. Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah
layak menjadi dealer. Nak duit lebih, ada caranya, anda usaha, anda
dapat. Kami JutawanEmas sedia membantu tunjukkan caranya.
3. Bagaimana saya untung?
Beli dan simpan pun dah untung, kalau nak lebih keuntungan bolehla
sambil menyimpan meniaga emas. Tapi ada syaratnya, kena ada ilmu dulu
tentang emas ni, barulah boleh meniaga. Meniaga emas bukan macam meniaga
barang lain, ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia
wang kertas, ini yang perlu anda pelajari. Hanya orang yang sabar yang
akan melepasi tahap ini. Saya akan membantu menjawab persoalan yang
bermain di minda anda jika anda masih tidak faham. Saya menyediakan
platform yang cukup baik untuk anda bermula, antara nak dengan tak nak
sahaja.
4.Kena cari downline?MLM ke?

Tidak, ini bukan perniagaan MLM. Dan anda tidak perlu mencari
downline. Apa yang perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang
simpanan emas dengan orang ramai, mulakan dengan orang yang anda
kenali, sama ada rakan-rakan mahupun saudara-mara (ini jika anda berminat
untuk menyimpan sambil menjana keuntungan sebagai pengedar). Keahlian
seumur hidup dan hanya sekali sahaja bayar.
13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP
1. Dapat title pengedar emas
Dengan bayaran RM1k ,anda sudah layak bergelar pengedar emas @ dealer emas @ tokey emas 

Kalau dulu,bukan senang nak jadi tokey emas ni,tapi sekarang zaman dah
berubah,ramai yang mampu menjadi tokey emas @ pengedar emas mobil.Tak
perlu keluar modal berjuta untuk buka kedai emas,bayar RM1k sahaja.
Tidakkah anda teringin merebut peluang ini?
Saham Akhirat30% dari RM1k (kos jadi dealer) ini disalurkan kepada pembinaan masjid,pusat tahfiz dan badan kebajikan yang lain. Terkini GCP mampu memberi sumbangan untuk menyiapkan masjid di Maahad Tahfiz Lil Tahfizil Quran,Kuala Krai ,Kelantan. Semoga pahalanya sampai kepada semua dealer GCP sebab ini adalah hasil daripada sokongan para dealer.

2. Harga pengedar jauh lebih murah
Cuba anda lihat harga pengedar di bawah,memang sangat murah. Namun
ada juga yang tertanya-tanya kenapa harga gold bar 1 gram mahal?
Jawapannya kerana kos mencetak yang mahal dan biasanya memang sesuatu
barang itu akan lebih murah jika kita beli yang lebih besar,sebagai
contoh, lihat harga untuk 10g bar, RM1760= RM176/gram. Jangan terkejut
jika melihat harga untuk gold bar 100g, kerana ianya cuma 170/gram. Harga
kedai emas sekarang RM200/gram.
Ini adalah contoh harga untuk emas 916 pada bulan 3:
Emas 916 | ||
Kami Jual | Kami Beli | |
Rantai Tangan Melur (RM/g) |
||
5g | RM 162.50 | RM 143.00 |
10g | RM 160.00 | RM 140.80 |
20g | RM 160.00 | RM 140.80 |
30g | RM 159.00 | RM 139.92 |
40g | RM 158.20 | RM 139.22 |
50g | RM 156.50 | RM 137.72 |
100g | RM 156.20 | RM 137.46 |
Catatan :Harga kedai emas yang ikut harga FGJAM ialah RM190 tidak termasuk UPAH.

GCP juga menjual barang kemas 999 (RT=rantai tangan , RL= rantai leher).Ada 4 paten barang kemas 916 dan 999 iaitu pasir padu,gajah padu,bunga pasir dan melur.
Harga pengedar sangat murah,ada yang mencecah perbezaan sebanyak RM30/gram.Bayangkan jika anda beli di luar,emas seberat 100g, anda telah jimat hampir RM3000 jika beli dengan GCP.
Mengapa bayar lebih?
Tempahan boleh dibuat 24 jam,7 hari seminggu

3. Anda dapat kuasa membeli yang lebih dengan emas.
Jika anda menyimpan wang
kertas, lama-kelamaan ianya susut nilai dan dimamah inflasi. Mudah sahaja
untuk memahami inflasi, lihatlah harga barang di sekeliling kita
sekarang,bukankah anda perlu menambah wang dari semasa ke semasa untuk
benda yang sama? Inilah yang dikatakan sebagai inflasi.
Berbanding jika anda simpan emas,harganya untuk jangka masa panjang semakin naik,maka kuasa membeli akan semakin meningkat.

Kelebihan anda sebagai pengedar,anda
boleh sampaikan info ini kepada orang lain dan memudahkan urusan mereka
untuk mendapat stok emas dari anda. Anda sendiri mendapat kemudahan untuk menambah stok simpanan anda secara konsisten.
4. Kos penghantaran PERCUMA dari GCP seumur hidup
Bayangkan anda order emas hari ini, esok sampai.

Tak perlu keluarkan duit minyak, dan kos-kos lain untuk ambil stok di cawangan. Jimat bukan?
Masa dan tenaga juga jimat dan bolehla digunakan untuk membuat perkara lain.
Syarikat memberi jaminan jika berlaku kehilangan. Setakat ini belum pernah berlaku.

5. Kos penghantaran PERCUMA kepada pelanggan anda.
Anda mempunyai kelebihan untuk mendapat
keistimewaan ini.Anda mendapat pelanggan,dan mereka jauh dari anda,maka
bolehla membuat tempahan dengan GCP,buat bayaran dan tempahan akan
dihantar kepada pelanggan. Segalanya hanya di hujung jari.
Dalam masa yang sama,anda telah pun
menjana keuntungan secara tak langsung.Masih tak faham? Jangan risau, kami
akan membimbing pengedar baru untuk mengetahui cara mendapatkan
keuntungan dalam private group
6. Produk Terkini
Dari semasa ke semasa GCP sentiasa
memberi kejutan dengan mengeluarkan produk terkini mengikut keperluan
dan trend terkini. Contohnya di bawah ini,produk 1 gram gold bar yang
merupakan antara hot item dan terkini 5 gram RT emas 916 paten melur
yang comel



Akan datang GCP akan mengeluarkan produk silver pula,jika tiada aral,dalam tahun ini juga atau selewatnya awal tahun hadapan.Pasti ianya berita gembira bagi peminat silver.
7. Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
A) Mencuci emas (percuma)
B) Mencelup emas (kos minima)
C) Menilai harga emas terpakai (percuma)
8. Menyediakan modal dalam bentuk :
- Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam
bentuk stok emas kepada para pengedar yang membuat jualan 500g dan ke
atas dalam 1 transaksi/1 pelanggan. Pengedar hanya perlu membuat
tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah
ditetapkan oleh pengedar. Bayaran boleh dibuat oleh pelanggan sewaktu
emas tersebut diterima.
- Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula Gold
bar dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan
dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan
CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan
sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.
Pengedar digalakkan membeli emas
terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli
emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan
kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan
seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.
9. Insentif Pengedar
Dealer get dealer
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Ganjaran RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)
Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00
Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim
sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak
dapat sebarang komisyen.
Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.
Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar
berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan
memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00
GCP menyediakan insentif kepada dealer
yang hendak mengadakan seminar,segala kos ditanggung oleh GCP. Anda hanya
perlu maklumkan tempat,tarikh dan uruskan peserta, selebihnya akan
diuruskan oleh GCP. CEO GCP sendiri akan memberi talk dan penganjur
mendapat peluang untuk dikenali oleh para peserta.
Peruntukan juga diberi untuk
banner. Anda boleh pasang lebih awal untuk memaklumkan kepada orang ramai
mengenai seminar yang dianjurkan.
Personal coaching diberikan sendiri
oleh CEO GCP di ofis GCP di Nilai pada setiap hari Rabu bermula 8pm-10pm
kepada pengedar GCP yang sah. Anda akan diajar dengan ilmu tentang emas
dan pemasaran dari orang yang telah terbukti berjaya.
Bantuan pemasaran di akhbar dan majalah
adalah dijalankan sejak konsisten dan GCP sehingga kini telah
memperuntukkan ratusan ribu untuk tujuan pemasaran untuk memastikan nama
GCP semakin dikenali dan pengedar pun dapat tumpang tuah di atas
kemasyuran GCP yang makin mantap sekarang ini.
11. Kebebasan Kewangan
Dengan menjadi pengedar emas,anda
memainkan peranan untuk menyampaikan info kepada orang ramai mengenai
sebab dan kepentingan emas agar mereka celik tentang emas. Dalam masa
yang sama,sudah tentu anda juga membuat simpanan emas secara
konsisten. Ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita dalam berbelanja .

Pengalaman sendiri, saya semakin
berjimat cermat dalam perbelanjaan, kewangan saya bertambah baik dan saya
bebas dari membuat hutang selepas menyimpan emas.
Sebenarnya ada banyak yang harus anda gali sebagai dealer emas ini, dan tidak semua dapat dijelaskan di sini.
12. Group@FB
Bagaimana saya membantu dealer-dealer di seluruh Malaysia, malah ada yang berada di luar negara, termasuklah di Brunei dan London?
Group Gold Investor Club
– group ini terbuka kepada semua
penyimpan dan pengedar emas.Membincangkan pelbagai topik berkaitan
dengan emas, simpanan emas, analisis harga emas,pendedahan skim pelaburan
emas dan macam-macam lagi. Saya biasanya akan meminta mereka yang baru
mengenali emas menyertai saya dan rakan-rakan saya yang lain di situ
kerana ada banyak info.

- group khas untuk guide dealer dalam
rangkaian ini yang telah memberi kepercayaan memilih saya sebagai
introducer. Jadi,s aya mengambil inisiatif untuk berkongsi info-info, dan
juga maklumat asas di situ, selain mengeratkan ikatan sesama rakan
pengedar di mana kami selalu bantu membantu di antara satu sama lain
termasuk dalam urusan jual-beli emas.
-Bimbingan terus dari CEO
Sebaik sahaja anda menjadi pengedar GCP, anda layak menyertai Group Pengedar GCP Seluruh Malaysia
di mana dapat berinteraksi dengan rakan pengedar di seluruh negara. Anda
juga boleh mendapat info dari pihak syarikat termasuk CEO sendiri, En
Shamsul Anuar Md Ali yang sentiasa juga berkongsi ilmu-ilmu pemasaran
dan menyediakan marketing tools free untuk para pengedarnya. Banyak
faedahnya menyertai group ini kerana segalanya menjadi mudah.
13. Kaya dan berjaya
Dengan menjadi pengedar emas,anda sebenarnya membantu :
1. Diri sendiri untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat
Apabila anda menyimpan emas, anda layak
membayar zakat apabila emas anda cukup haul dan nisab, juga zakat
perniagaan hasil keuntungan. Bukankah ianya satu sumbangan yang bagus
dalam meningkatkan ekonomi umat Islam?
2. Orang lain untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat

Apabila anda mengajak orang lain
menyimpan emas, sebenarnya anda membantu mereka dari terus menyimpan wang
kertas yang susut nilai itu, sebaliknya menyimpan logam berharga yang
menguntungkan untuk jangka masa panjang. Lebih ramai yang menyimpan, lebih
bagus kerana lebih ramai yang akan membayar zakat dan menjadi kaya dan
berjaya melalui simpanan emas ini.
Lihat sahaja iklan-iklan produk
bank, kenapa tidak kita sebagai pengedar mengambil peluang untuk
memperkenalkan simpanan emas, kerana jika anda kaji sejarah wang,emas
adalah wang yang sebenar. Bukankah prospek simpanan emas sangat luas?
Kesimpulannya,jangan tunggu lama-lama
untuk membuat pilihan yang terbaik. Seperti yang pernah saya
katakan, tersalah jadi dealer emas tidak apa, jangan tersalah join skim
cepat miskin, MLM atau skim piramid. Dan jangan harapkan dapat duit
bulan-bulan tanpa berusaha. Anda buat,anda dapat.
Mari sertai saya sekarang. Anda pasti tak menyesal.
Hubungi hotline JutawanEmas :012 3976218 atau add sy di FB :puan leeza untuk keterangan lanjut.
http://juutawanemas.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment