Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya.Akan saya
kupas dalam artikel bertajuk “7 Jangan dalam simpanan emas ” ini.
1.Jangan malas
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dapatkan info yang berkaitan
dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas,jenis-jenis
emas,produk yang ada di pasaran,dan banyak lagi yang perlu anda
ketahui.Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang
tidak pernah habis.
Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan
emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan
sebagainya.Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan
syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah
pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia
ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus
berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang
menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.
Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa
tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM,oleh itu janganlah kita
menambahkan bilangannya.Syarikat yang dimaksudkan ialah Genneva,jangan
terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih
sebenarnya.Dan yang terkini,scam yang sedang mengganas ialah Barrick
Corporation yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat
pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.
Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya sendiri
salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas
secara personal dengan cara online dan offline.Boleh klik menu “Kelas
Emas”.
Tambah ilmu dengan membaca buku atau cari maklumat di internet
2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan
ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang
memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:
Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k
sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu
di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada
peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab
dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan
pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.
Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana
terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik
sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang
rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap
ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini
apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang
lebih tinggi kepada pembeli lain
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat
paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling
menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang
ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk
televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga
dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda jauhi.Tambahlah emas
anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas
yang membuta tuli.
Ar rahnu bukan perniagaan dan jangan salah gunakannya
3.Jangan jual emas anda
Jangan jual emas anda tanpa sebab.Ramai yang keliru apabila diajar
jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda
beli emas?Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan
jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada
apa di tangan anda nanti.Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah 2.Hartanah 3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes 5.Keperluan atau terdesak
Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda
dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika anda
mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga
tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun
sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang
lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi
jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara
ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend
pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga
emas akan menjunam sedikit.
4.Jangan simpan wang kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya simpanlah
sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah
penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut
nilai.Setiap kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan
semakin susut nilai wang kertas kita.Jangan terpedaya dengan
bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa
inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.
Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.
Buat pilihan yang terbaik
5.Jangan tunggu
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap
emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap
tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram pun orang
kata mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah RM200+
pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin
mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain
semakin kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa
RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah
untung,kalau yang meniaga macam mana,lagi untung!
6.Jangan tolak
Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan
Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha
sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita
tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat
digunakan,tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya
dah bermula,anda bila lagi?
Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham,dan anda boleh
rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai
matawang.Saya mencadangkan agar anda menyertai group perbincangan di
facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual
beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat DnD.Macam-macam
boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini.Ayuh kita sokong
matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap
yang sepatutnya.
Sokonglah matawang sunnah Islam
7.Jangan pentingkan diri sendiri
Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya
mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada
orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini
berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan
dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk
muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa
akan datang.
Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan
emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan
dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh
terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah
menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di
internet ..susah-susah suruh saja baca blog ini.Macam-macam info emas
ada.
Sekian dahulu dari saya..jumpa lagi
SUMBER : http://jutawangold.com/artikel/7-jangan-dalam-simpanan-emas.html
No comments:
Post a Comment