Tuesday, 22 January 2013

Kelemahan Wang Fiat (wang kertas)


 Di Negara Zimbabwe :  pertukaran 100 Billion hanya dpt 3 biji telur shj


Jom kita kenali Wang Fiat.... di harap memberi sedikit sebnayak info agar kita sama2 faham

Duit kertas dan emas merupakan 2 perkara penting yang perlu ada. 

-  Duit kertas untuk perbelanjaan harian, manakala emas sebagai pelaburan. 
-  Wang kertas mempunyai nilainya sendiri yang diistiharkan oleh bank negara. Demikian juga negara-negara lain mengamalkan sistem yang sama.

Seperti yang kita sedia maklum, wang yg dicetak (kertas, syiling), oleh setiap negara tidak sama nilainya. 

Sebagai contoh : 
Kuantiti daging lembu yang kita beli dengan RM10 adalah tidak sama dengan kuantiti yang kita perolehi dengan membayar USD10, SGD10 dan AUD10

Tetapi jika emas yang diguna pakai sebagai pembelian di mana2 negara pun, barangan yang kita perolehi itu tetap sama dari segi kuantiti.

Duit kertas yang kita gunakan tidak laku untuk membeli sekilo beras di Amerika. Ini bermakna duit tersebut tidak boleh digunakan melainkan ia ditukarkan dahulu kepada USD. Buat masa ini, RM3.30 boleh ditukarkan kepada USD1. 

Andaikata nilai duit kita jatuh pada masa akan datang…misalnya RM3.30 cuma boleh ditukarkan dengan USD0.50, bukankah ia suatu yang sangat rugi? Untuk mengelakan kerugian inilah emas mampu menjadi pelindung, ianya kalis inflasi dan nilainya sentiasa tinggi.

Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.

1.Medium pertukaran yang diterima dunia
2.Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
3.Wang tanpa sempadan
4.Tidak boleh dibinasakan
5.Mudah dibahagikan
6.Sukar diperolehi/ tak boleh di cipta
7.Price to weight ratio yang tinggi
8.Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang


Kelemahan wang kertas

1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
2. Ada had sempadan
3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
4. Mudah rosak
5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)
6. Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai.



No comments:

Post a Comment