Tuesday, 22 January 2013

Panduan Zakat Emas dan Perak

Zakat Emas dan Perak 

1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34)

2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.

HIKMAT ZAKAT

1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:
(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.

2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:
(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.

3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam.
Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.

4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.

ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

1. Orang fakir;
orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin;
orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil;
orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
4. Mualaf;
orang yang baru memeluk Islam (saudara baru).
5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.
—————————————————————————————–
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150

2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Tips Gandakan Keuntungan dlm Emas




Ape Khabar para  pelabur 2 emas? Untuk yang  masih   belum  berjinak2 dgn Emas, Jadikan tahun baru 2013 ini utk anda  membuat satu pelaburan yg terbaik, selamat, tiada risiko serta menguntungkan. Tahniah untuk yg dah mula menyimpan pastinya telah mendapat keuntungan dan boleh tersenyum lebar.

Ada sahaja berita tentang Emas cthnya hari ini 21hb Jan, 2013  terpampang di akhbar Kosmo "Harga Emas akan naik akhir Febuari" Wah.... ini sudah bagus .... Confirm menguntungkan.

YES, emas memang menguntungkan, pengalaman saya menjalankan urusan jual beli emas dan pada masa yang sama, emas yang saya beli saya anggap sebagai pelaburan agak menguntungkan.
Bagaimanapun kadang-kadang emas yang dibeli terpaksa dijual pada harga rendah kerana indeks emas jatuh, kadang-kadang pula saya mendapat keuntungan dengan menjual emas yang dibeli ketika indeks rendah pada harga yang tinggi. Begitulah sebenarnya permainan emas.

Ada juga visitor yang bertanya bagaimana boleh mereka menjana pendapatan bulanan daripada pelaburan emas, saya sebenarnya tidak pasti anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan hanya membeli dan berharap harga emas naik setiap bulan untuk overlap, mungkin ada caranya tetapi fokus saya tidak disitu, tidak kepada pelaburan.

Dengan mengharapkan kepada pelaburan sahaja, saya rasa sukar untuk menjana pendapatan setiap bulan kerana harga emas ada pasang surutnya, contohnya awal tahun 2011, harga emas dari Januari hingga Mac dalam posisi menurun, bagaimana boleh menjana pendapatan? tetapi dari segi jualan,  bulan Januari hingga Mac 2011 adalah rekod terbaik  sb byk permintaan.

Saya nak kongsikan serba sedikit  kepada pelabur emas sebelum anda meneruskan pembelian emas. Bak kata Pengasas GCP, Tuan Haj Shamsul, "Beli Emas dgn ILMU", pastinya  dapat membantu menggandakan keuntungan anda.

1. Harga/Masa :

Faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit mungkin dibelanjakan.. Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau Amerika sekalipun.

2. Jenis emas (barang kemas/ GoldBar GCP) ,

Pendapat saya, pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual, manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya, kijang, atau etc. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.

3. Meningkatkan modal pelaburan:

Keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda. Jika anda mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya nasihatkan anda  membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.

4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu:

Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja, pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.

5. Menjual kepada kawan:

Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan. Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan emas. Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merefer pelanggan kepada kami.

6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas.

Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas 916, 750 , emas dan permata. Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan /carigali kecilan emas pada masa akan datang. Aktiviti carigali emas kini menjadi trend di Amerika dimana ramai yang membawa keluarga keluar bercuti sambil mengorek emas, tidak mungkin trend ini akan berjangkit kepada negara kita suatu masa akan datang.

Kelemahan Wang Fiat (wang kertas)


 Di Negara Zimbabwe :  pertukaran 100 Billion hanya dpt 3 biji telur shj


Jom kita kenali Wang Fiat.... di harap memberi sedikit sebnayak info agar kita sama2 faham

Duit kertas dan emas merupakan 2 perkara penting yang perlu ada. 

-  Duit kertas untuk perbelanjaan harian, manakala emas sebagai pelaburan. 
-  Wang kertas mempunyai nilainya sendiri yang diistiharkan oleh bank negara. Demikian juga negara-negara lain mengamalkan sistem yang sama.

Seperti yang kita sedia maklum, wang yg dicetak (kertas, syiling), oleh setiap negara tidak sama nilainya. 

Sebagai contoh : 
Kuantiti daging lembu yang kita beli dengan RM10 adalah tidak sama dengan kuantiti yang kita perolehi dengan membayar USD10, SGD10 dan AUD10

Tetapi jika emas yang diguna pakai sebagai pembelian di mana2 negara pun, barangan yang kita perolehi itu tetap sama dari segi kuantiti.

Duit kertas yang kita gunakan tidak laku untuk membeli sekilo beras di Amerika. Ini bermakna duit tersebut tidak boleh digunakan melainkan ia ditukarkan dahulu kepada USD. Buat masa ini, RM3.30 boleh ditukarkan kepada USD1. 

Andaikata nilai duit kita jatuh pada masa akan datang…misalnya RM3.30 cuma boleh ditukarkan dengan USD0.50, bukankah ia suatu yang sangat rugi? Untuk mengelakan kerugian inilah emas mampu menjadi pelindung, ianya kalis inflasi dan nilainya sentiasa tinggi.

Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.

1.Medium pertukaran yang diterima dunia
2.Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
3.Wang tanpa sempadan
4.Tidak boleh dibinasakan
5.Mudah dibahagikan
6.Sukar diperolehi/ tak boleh di cipta
7.Price to weight ratio yang tinggi
8.Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang


Kelemahan wang kertas

1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
2. Ada had sempadan
3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
4. Mudah rosak
5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)
6. Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai.



Monday, 21 January 2013

Logik ke, Jika Buat Personal Loan Utk Beli Emas

Wahhhh.... topik hangat nih!!!

Apa khabar semua?  Saya nak kongsi sesuatu yang kita tak terfikir selama ini...Saya nak sentuh  melibatkan pembelian emas secara “personal Loan “. Biasanya kita buat loan utk beli kerete, buat laon ASB kan.... Jom kita tgk Untung ke tidak????

 Jawapannya memang sangat menguntungkan kerana apa?

1. Kenaikkan harga emas secara purata 30% hingga 35% setahun.
2. Kalis Inflasi
3. Aset yang stabil
4. Medium yg selamat
5. Tiada risiko( Anda beli Anda dapat )

Emas ni sebenarnya memang memberikan kita untung yang tinggi berbanding instrument pelaburan lain.

Sebagai contoh,

Jika anda membuat pinjaman sebanyak 50k. Instalment bulanan yang perlu anda bayar sebulan ialah RM 428 ( if kadar faedah 5% secara kasarnya) selama 20 tahun. Jika anda menyimpan emas ini selama setahun bermaksud kenaikkan emas sebanyak 30%. Jom kita buat kira-kira di bawah:

RM 50,000 x 30% = RM 15,000

Ini bermaksud dalam “ SETAHUN” emas yang bernilai 50k itu akan naik sebanyak RM 15,000, bila ia di campurkan dengan dengan modal 50k, jumlahnya adalah RM 65,000 ( dengan berat yang sama seperti tahun lepas yang anda beli ).

Jom kita  kira untuk anda untuk 5 tahun sahaja:

( RM 15,000 x 5 tahun kenaikkan ) = RM 75,000
Modal + kenaikkan = Jumlah
RM 50,000 + 75,000 = RM 125,000( dalam bentuk Emas )


Dalam masa 5 tahun sahaja, emas yang anda beli sudah bernilai RM 125,000. Katakan  anda ingin membuat Full Settelment pinjaman 50k yang anda pinjam 5 tahun yang lepas, hanya perlu menjual suku atau sebahagian emas itu sahaja. Untung x?

Ini belum termasuk untung kita anda benar-benar mahu berniaga..kalau berniaga lagi dasyat....hehe.
semoga anda jadi pelabur yg bijak dan menguntungkan…IN SHA ALLAH

13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP

13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP

Ramai yang tanya saya apa yang mereka akan dapat dengan menyertai GCP sebagai pengedar emas. Sebelum itu kena faham dulu untuk apa jadi pengedar emas? Meniaga macam jual penapis air ke? Tunjuk emas dan suruh orang beli?  Jika itu tanggapan anda, teruskan membaca supaya anda lebih faham. Di bawah adalah petikan dari artikel sebelum ini, saya ulang kerana sehingga sekarang saya masih menerima soalan yang sama. Mungkin kena guna kaedah pengulangan sehinggalah sebati dalam ingatan semua :)

1.Bisnes apa ni?

GCP adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dalam bentuk barang kemas 999,dinar 999 dan gold bar 999.9 dari berat 1 gram (sekitar RM200+) sehinggalah ke 100g. Konsepnya adalah simpanan untuk jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang kita dari susut nilai dan kalis inflasi. Ianya ada kaitan dengan wang kertas yang sebenarnya bukan matawang yang bernilai pada hakikatnya.

2.Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?

Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan-bulan, pulangan, dividen dan sebagainya. Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas, dan simpanlah emas tersebut. Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi dealer. Nak duit lebih, ada caranya, anda usaha, anda dapat. Kami sedia membantu tunjukkan caranya.

3.Bagaimana saya untung?

Beli dan simpan pun dah untung,  kalau nak lebih keuntungan bolehla sambil menyimpan meniaga emas.  Tapi ada syaratnya,  kena ada ilmu dulu tentang emas ni, barulah boleh meniaga.  Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain,ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas,  ini yang perlu anda pelajari.  Hanya orang yang sabar yang akan melepasi tahap ini.  Saya akan membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda jika anda masih tidak faham.  Saya menyediakan platform yang cukup baik untuk anda bermula, antara nak dengan tak nak sahaja.

4.Kena cari downline?MLM ke?



Tidak, ini bukan perniagaan MLM.Dan anda tidak perlu mencari downline.Apa yang perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang simpanan emas dengan orang ramai,mulakan dengan orang yang anda kenali, sama ada rakan-rakan mahupun saudara-mara (ini jika anda berminat untuk menyimpan sambil menjana keuntungan sebagai pengedar). Keahlian seumur hidup dan hanya sekali sahaja bayar.



Menjadi dealer dengan modal serendah RM1k sahaja. Tiada syarat belian. Apa yang anda dapat dengan bayaran RM1k? Teruskan membaca!

13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP

1. Dapat title pengedar emas

Dengan bayaran RM1k ,anda sudah layak bergelar pengedar emas @ dealer emas @ tokey emas :)
Kalau dulu,bukan senang nak jadi tokey emas ni,tapi sekarang zaman dah berubah,ramai yang mampu menjadi tokey emas @ pengedar emas mobil.Tak perlu keluar modal berjuta untuk buka kedai emas,bayar RM1k sahaja. Tidakkah anda teringin merebut peluang ini?

Saham Akhirat

30% dari RM1k (kos jadi dealer) ini disalurkan kepada pembinaan masjid,pusat tahfiz dan badan kebajikan yang lain. Terkini GCP mampu memberi sumbangan untuk menyiapkan masjid di Maahad Tahfiz Lil Tahfizil Quran,Kuala Krai ,Kelantan. Semoga pahalanya sampai kepada semua dealer GCP sebab ini adalah hasil daripada sokongan para dealer.



2. Harga pengedar jauh lebih murah

Cuba anda lihat harga pengedar di bawah,memang sangat murah. Namun ada juga yang tertanya-tanya kenapa harga gold bar 1 gram mahal? 

Jawapannya:

Kerana kos mencetak yang mahal dan biasanya memang sesuatu barang itu akan lebih murah jika kita beli yang lebih besar, sebagai contoh, lihat harga untuk 10g bar, RM1760= RM176/gram. Jangan terkejut jika melihat harga untuk gold bar 100g, kerana ianya cuma 170/gram. Harga kedai emas sekarang RM200/gram.



Ini adalah contoh  harga untuk emas 916  pada bulan 3:
Emas 916

Kami Jual Kami Beli
Rantai Tangan Melur
(RM/g)
5g RM 162.50 RM 143.00
10g RM 160.00 RM 140.80
20g RM 160.00 RM 140.80
30g RM 159.00 RM 139.92
40g RM 158.20 RM 139.22
50g RM 156.50 RM 137.72
100g RM 156.20 RM 137.46



Catatan :Harga kedai emas yang ikut harga FGJAM ialah RM190 tidak termasuk UPAH.




GCP juga menjual barang kemas 999 (RT=rantai tangan , RL= rantai leher). Ada 4 paten barang kemas 916 dan 999 iaitu pasir padu, gajah padu, bunga pasir dan melur.

Harga pengedar sangat murah,ada yang mencecah perbezaan sebanyak RM30/gram.Bayangkan jika anda beli di luar,emas seberat 100g,anda telah jimat hampir RM3000 jika beli dengan GCP.


Mengapa bayar lebih?

Tempahan boleh dibuat 24 jam,7 hari seminggu  :) 
 

3.Anda dapat kuasa membeli yang lebih dengan emas.

Jika anda menyimpan wang kertas,lama-kelamaan ianya susut nilai dan dimamah inflasi.Mudah sahaja untuk memahami inflasi,lihatlah harga barang di sekeliling kita sekarang,bukankah anda perlu menambah wang dari semasa ke semasa untuk benda yang sama?Inilah yang dikatakan sebagai inflasi.
Berbanding jika anda simpan emas,harganya untuk jangka masa panjang semakin naik,maka kuasa membeli akan semakin meningkat.



Wang kertas semakin susut nilai
Kelebihan anda sebagai pengedar,anda boleh sampaikan info ini kepada orang lain dan memudahkan urusan mereka untuk mendapat stok emas dari anda.Anda sendiri mendapat kemudahan untuk menambah stok simpanan anda secara konsisten.



4.  Kos penghantaran PERCUMA dari GCP seumur hidup

Bayangkan anda order emas hari ini,esok sampai. :)

Tak perlu keluarkan duit minyak,dan kos-kos lain untuk ambil stok di cawangan.Jimat bukan?
Masa dan tenaga juga jimat dan bolehla digunakan untuk membuat perkara lain.
Syarikat memberi jaminan jika berlaku kehilangan.Setakat ini belum pernah berlaku.



5. Kos penghantaran PERCUMA kepada pelanggan anda.

Anda mempunyai kelebihan untuk mendapat keistimewaan ini.Anda mendapat pelanggan,dan mereka jauh dari anda,maka bolehla membuat tempahan dengan GCP, buat bayaran dan tempahan akan dihantar kepada pelanggan. Segalanya hanya di hujung jari.

Dalam masa yang sama,anda telah pun menjana keuntungan secara tak langsung. Masih tak faham? Jangan risau,kami akan membimbing pengedar baru untuk mengetahui cara mendapatkan keuntungan dalam private group



6. Produk Terkini

Dari semasa ke semasa GCP sentiasa memberi kejutan dengan mengeluarkan produk terkini mengikut keperluan dan trend terkini.  Contohnya di bawah ini,produk 1 gram gold bar yang merupakan antara hot item dan terkini 5 gram RT emas 916 paten melur yang comel :)









Akan datang GCP akan mengeluarkan produk silver pula, jika tiada aral, dalam tahun ini juga atau selewatnya awal tahun hadapan. Pasti ianya berita gembira bagi peminat silver.



7. Perkhidmatan selepas jualan.

GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
A)Mencuci emas (percuma)
B)Mencelup emas (kos minima)
C)Menilai harga emas terpakai (percuma)


8.Menyediakan modal dalam bentuk :
- Modal disediakan dalam bentuk stok emas.

GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar yang membuat jualan 500g dan ke atas dalam 1 transaksi/1 pelanggan. Pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar. Bayaran boleh dibuat oleh pelanggan sewaktu emas tersebut diterima.

- Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.

GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.

-Modal tunai untuk membeli emas terpakai.

Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.


9.  Insentif Pengedar 

Dealer get dealer

Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-

1)  Ganjaran RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2)  Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)

Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:

Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.
Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.

Insentif bulanan:

Jika dalam tempoh 1 bulan,  pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

10.  Seminar /Coaching PERCUMA + Bantuan Pemasaran di Akhbar dan Majalah


GCP menyediakan insentif kepada dealer yang hendak mengadakan seminar, segala kos ditanggung oleh GCP. Anda hanya perlu maklumkan tempat, tarikh dan uruskan peserta, selebihnya akan diuruskan oleh GCP. CEO GCP sendiri akan memberi talk dan penganjur mendapat peluang untuk dikenali oleh para peserta.


Peruntukan juga diberi untuk banner.Anda boleh pasang lebih awal untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai seminar yang dianjurkan.

Personal coaching diberikan sendiri oleh CEO GCP di ofis GCP di Nilai pada setiap hari Rabu bermula 8pm-10pm kepada pengedar GCP yang sah.  Anda akan diajar dengan ilmu tentang emas dan pemasaran dari orang yang telah terbukti berjaya.

Bantuan pemasaran di akhbar dan majalah adalah dijalankan sejak konsisten dan GCP sehingga kini telah memperuntukkan ratusan ribu untuk tujuan pemasaran untuk memastikan nama GCP semakin dikenali dan pengedar pun dapat tumpang tuah di atas kemasyuran GCP yang makin mantap sekarang ini.


11. Kebebasan Kewangan

Dengan menjadi pengedar emas,anda memainkan peranan untuk menyampaikan info kepada orang ramai mengenai sebab dan kepentingan emas agar mereka celik tentang emas.Dalam masa yang sama,sudah tentu anda juga membuat simpanan emas secara konsisten.Ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita dalam berbelanja .




Pengalaman sendiri,saya semakin berjimat cermat dalam perbelanjaan,kewangan saya bertambah baik dan saya bebas dari membuat hutang selepas menyimpan emas.
Sebenarnya ada banyak yang harus anda gali sebagai dealer emas ini,dan tidak semua dapat dijelaskan di sini.


12.  Group@FB
Bagaimana saya membantu dealer-dealer di seluruh Malaysia,  malah ada yang berada di luar negara, termasuklah di Brunei dan London?

Group Gold Investor Club

Group ini terbuka kepada semua penyimpan dan pengedar emas.   Membincangkan pelbagai topik berkaitan dengan emas,simpanan emas,  analisis harga emas,  pendedahan skim pelaburan emas dan macam-macam lagi.   Saya biasanya akan meminta mereka yang baru mengenali emas menyertai saya dan rakan-rakan saya yang lain di situ kerana ada banyak info.






Jom sertai Gold Investor Club
Group Rangkaian

Group khas untuk guide dealer dalam rangkaian ini yang telah memberi kepercayaan memilih saya sebagai introducer.   Jadi,   saya mengambil inisiatif untuk berkongsi info-info,   dan juga maklumat asas di situ,   selain mengeratkan ikatan sesama rakan pengedar di mana kami selalu bantu membantu di antara satu sama lain termasuk dalam urusan jual-beli emas.


Bimbingan terus dari CEO

Sebaik sahaja anda menjadi pengedar GCP,   anda layak menyertai Group Pengedar  GCP Seluruh Malaysia di mana dapat berinteraksi dengan rakan pengedar di seluruh negara.  Anda juga boleh mendapat info dari pihak syarikat termasuk CEO sendiri, En Shamsul Anuar Md Ali yang sentiasa juga berkongsi ilmu-ilmu pemasaran dan menyediakan marketing tools free untuk para pengedarnya.   Banyak faedahnya menyertai group ini kerana segalanya menjadi mudah.


13. Kaya dan berjaya

Dengan menjadi pengedar emas,  anda sebenarnya membantu :

1.  Diri sendiri untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat
Apabila anda menyimpan emas,  anda layak membayar zakat apabila emas anda cukup haul dan nisab,  juga zakat perniagaan hasil keuntungan.  Bukankah ianya satu sumbangan yang bagus dalam meningkatkan ekonomi umat Islam?

2.Orang lain untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat




Apabila anda mengajak orang lain menyimpan emas,  sebenarnya anda membantu mereka dari terus menyimpan wang kertas yang susut nilai itu,  sebaliknya menyimpan logam berharga yang menguntungkan untuk jangka masa panjang.  Lebih ramai yang menyimpan,  lebih bagus kerana lebih ramai yang akan membayar zakat dan menjadi kaya dan berjaya melalui simpanan emas ini.

Lihat sahaja iklan-iklan produk bank, kenapa tidak kita sebagai pengedar mengambil peluang untuk memperkenalkan simpanan emas,  kerana jika anda kaji sejarah wang,  emas adalah wang yang sebenar.  Bukankah prospek simpanan emas sangat luas?

Kesimpulannya,  jangan tunggu lama-lama untuk membuat pilihan yang terbaik.  Seperti yang pernah saya katakan,  tersalah jadi dealer emas tidak apa,  jangan tersalah join skim cepat miskin,   MLM atau skim piramid.  Dan jangan harapkan dapat duit bulan-bulan tanpa berusaha.  Anda buat,  anda dapat.
Mari sertai saya sekarang.   Anda pasti tak menyesal.

Hubungi hotline JutawanEmas : 012 3976218

Nak Tahu Apa Itu Karat (K) ?



Nak Tahu APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.

24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.


STANDARD KETULENAN EMAS BARU

( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam

24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) 916.6 Emas Singapura
22K mengikut ukuran lama


( d ) 875

( e ) 835

( f ) 750  (18K mengikut ukuran lama)

( g ) 585 (14K mengikut ukuran lama)

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama

Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.
STANDARD KETULENAN PERAK

( a ) 958.4
( b ) 925
( c ) 830
( d ) 800

STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN (24Karat)

CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT
1000


Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).
750 X 24 = 18K
1000


Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

Emas 1 Dinar         = 4.25gm
Emas Se Amas       = 2.551 gm
Emas Se Rial          =2.70 gm
Emas Se Kupang   = 0.64 gm
Emas 2 Kupang    = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )
Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm

10 KERAGUAN TERHADAP EMAS & SYARIKAT GCP TERJAWAB



10 KERAGUAN TERHADAP EMAS & SYARIKAT GCP TERJAWAB

Mungkin bagi yang baru mendengar tentang syarikat Goldcrest Pavilion,ada banyak pertanyaan dan keraguan mengenai sejauh mana syarikat ini adalah syarikat yang sah dan menjalankan urusniaga yang tidak menyalahi undang-undang.Saya juga ditanya tentang beberapa persoalan lain.

Berikut adalah antara soalan yang sering ditanya.

1. Company ini sah atau tidak ,berdaftar dengan SC ?

Berniaga emas tak perlu daftar dgn SC. Daftar dgn SSM sahaja.
Urusniaga syarikat GCP sama seperti di kedai emas biasa,jual dan beli emas.
AMLA = akta penggubahan wang haram. BAFIA = akta bank dan institusi kewangan. Kalau nak jadi mcm bank kutip duit orang ramai, buat skim pelaburan dan bagi pulangan atas duit yang dikutip,barulah perlu dapat kebenaran BNM dan SC. Kalau berniaga sahaja hanya perlu daftar dgn SSM sahaja.

2.Apa bezanya beli emas dengan GCP berbanding di tempat lain ?

GCP menawarkan harga yang murah berbanding harga pasaran kepada pelanggan dan harga borong yang jauh lebih murah kepada mereka yang menjadi pengedarnya.

GCP bukan sahaja menawarkan penjualan emas dengan harga yang lebih murah,namun membeli semula dengan harga yang lebih tinggi dengan susut nilai serendah 5%-6 % sahaja  kepada pengedar dan pelanggan sehingga 18% berbanding pasaran luar 25%-40%

Tak kurang menarik,semua produk GCP tidak dikenakan upah tukang,maka tiada kos tersembunyi yang perlu dibayar.

Lihat contoh di bawah :

-Berdasarkan harga pada 8hb Julai 2012 ,emas 916 10g GCP bersamaan dengan RM158.38 dan pasaran RM185

Harga Produk GCP Rantai Tangan Emas 916 seberat 10g :
RM158.38 x10g = RM1583.80 (harga bersih,tanpa upah)
Harga pasaran = RM185 x 10g

=RM1850 (harga produk belum termasuk upah)
Penjimatan sebanyak : RM266 !
Katalah,jika di luar anda boleh mendapat harga promosi tanpa upah,harganya masih mahal sebenarnya.Manakala jika ditawarkan harga yang murah,ianya belum campur upah pula.  Sebagai contoh di bawah :

Kedai Wahh Shann menawarkan harga murah untuk emas RM170/gram.
Namun,upah tukang pula adalah RM100.  Berapakah harga per gram yang sebenarnya ?
Mari kita kira sama-sama :

RM170  x 10g =RM1700
RM1700+ RM100=RM1800/10gram
=RM180/gram !

Bukankah diskaun anda sebenarnya cuma RM5/gram berbanding harga pasaran?
Jika boleh mendapat lebih murah,  MENGAPA Bayar LEBIH ? :) 

p/s: Tidak dinafikan,di beberapa buah negeri,  ada juga penawaran harga emas yang murah namun upah tukang dikenakan.  Di GCP, bukan sahaja harga MURAH,  tapi anda juga  jimat kos,  masa tenaga, dan kos minyak kereta.   Hanya dengan 3 langkah mudah:
Tempah-Bayar-Tunggu

3. Berbaloike keluar modal RM1k untuk menjadi pengedar, tak dapat produk emas?

Saya dah banyak cerita tentang keistimewaan sebagai pengedar di 2 buah artikel sebelum ini,boleh rujuk link berikut :


http://jotawangold.blogspot.com/p/mengapa-gcp.html
http://jotawangold.blogspot.com/p/blog-page_18.html


Kali ini saya bagi contoh 2 kajian kes yang saya pernah lalui dan ini  hanya mengambil satu sahaja faktor,iaitu dari segi harga yang pengedar dapat :

Kes pertama :

Ada seorang pelanggan saya,pernah membeli 1 kilogram emas di kedai emas ****** dengan harga pasaran RM200,000+ sebelum mengenali GCP.

Selepas beliau mendengar tentang GCP lalu menghubungi saya bertanyakan harga produk GCP,dan saya membuat kira-kira harga berdasarkan masa beliau beli iaitu sebulan sebelum itu.  Alanglah terkejutnya beliau kerana harga di GCP untuk berat emas yang sama baru sekitar RM160,000.

Beliau boleh jimat sehingga RM40,000+ sebenarnya!
Banyak tu…
Jadi saya ingin bertanya kembali,  adakah tidak berbaloi membayar RM1K untuk dapat lebih banyak penjimatan?

“Saya bukan ada banyak duit pun nak beli berkilo-kilo,jadi bagi saya RM1k tu mahal,lebih baik saya beli emas.”
Baiklah,  mari kita lihat kajian kes yang ke-2 .

Ini merupakan contoh kes di mana En Ali merupakan seorang yang membuat simpanan emas secara konsisten dengan membeli pada harga pasaran.
Setiap bulan,beliau membeli 1 gram emas berharga RM250.
Anggaran penjimatan yang beliau boleh dapat dengan membeli 1gram emas GCP sebulan selepas ditolak kos lain ialah RM60.

Penjimatan selama setahun=RM600
2 Tahun =RM1200

Erm,dalam masa 2 tahun pun dah boleh jimat dan balik modal.
Itu baru contoh 1 gram,bagaimana jika setiap bulan,beliau membeli 5 gram dan ke atas,tak sampai 6 bulan – 1 tahun  dah boleh balik modal.  :) 

Lebih besar,lebih murah

Di GCP,harga akan bertambah murah mengikut berat,tak kira bar atau barang kemas.
Ini menguntungkan anda berbanding membeli harga sama di luar sana.

Sebagai contoh harga  gold bar pada 11 Julai 2012
1g RM 185
10g RM 1,730
20g RM 3,460
50g RM 8,450
100g RM 16,900

 Di luar,harga untuk 100g gold bar sekarang ialah RM19500
Jimat sehingga RM 2600 !

4.Kat mana nak simpan emas lepas beli ?

Ramai orang baru kenal emas, belum beli emas dah risau nak simpan di mana.

Tapi kalau setakat nak beli yang kecil-kecil macam 1 gram dan dinar, simpan di wallet pun boleh. Tapi kalau dah bertambah, eloklah difikirkan tempat yang sesuai untuk menyimpan emas tersebut.  Bagi mereka yang kreatif, boleh sahaja simpan di rumah, pilih port rahsia yang tak terduga oleh orang lain sebagai contoh dalam tandas, pasu bunga, belakang jam, dalam peti ais, dalam soket, dalam buku, dalam tanah , pendek kata banyak tempat, tapi pastikan tak lupa lah.  Mungkin boleh bagitau pada seseorang yang sangat anda percayai.

Lagi satu,selepas kita dah berusaha simpan sebaik mungkin,amalkan lah doa pendinding dan juga ayat 137 surah Al Baqarah yang bermaksud :

“Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh pertunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu) oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Ayat 137 Al Baqarah
   

Pengalaman sendiri,  saya pernah menemui orang yang penuh dengan syak wasangka dan kerisauan yang melampau dalam hatinya,  biasanya golongan inilah yang paling mudah kehilangan harta.  Menurut pakar,  kadang-kadang apa yang kita fikirkan sangat akan menjadi kenyataan.   Jadi lepas ini,  kita bersangka baik dan fikir yang indah-indah sahaja,  jika ditakdirkan selepas dah berusaha pun masih hilang,maka ia adalah ujian untuk kita atau untuk menebus dosa kita,  maka redha lah ,  IN SHA ALLAH  akan digantikan dengan yang lebih baik.
Tak yakin?  Nak suruh orang lain tolong simpan juga?

Baiklah,  semoga link yang mengandungi senarai tempat untuk simpan emas (safe deposit box) di Malaysia ini membantu anda, klik sini : 

http://bankemas.blogspot.com/2010/02/senarai-safe-deposit-box-di-malaysia.html

5.   Sebenarnya mcm mana berniaga emas GCP  ni? Adakah kita beli emas pastu kita simpan, bila harga tinggi kita jual ,  untunglah kan?

Sebenarnya emas itu duit.  Untungnya kita akan tahu bila sampai satu masa,  emas kita tu masih boleh ditukarkan untuk membeli barangan keperluan asas hidup berbeza dengan mereka yang bawa berguni-guni  wang kertas,  di kedai baru tahu yang dipikul itu sampah semata-mata sebenarnya.   Kat situlah untungnya. (kredit to kawan fb,HZ untuk jawapan jangka masa panjang)  :) 
 
Ini pula jawapan jangka masa pendek (hehe..macam2..)
Buat masa sekarang,  emas dan perak dijadikan komoditi,  walhal ia adalah wang sebenarnya. Jadi tak salah sekiranya kita membuat simpanan dalam bentuk emas,  dan juga meniagakannya.   Dari aktiviti jual dan beli inilah ramai orang menjana pendapatan.  Konsepnya mudah,beli dengan harga murah, kemudian jual dengan harga semasa,  restock kembali-ulang proses ini seberapa banyak yang mungkin.


Pengedar untung kerana setiap kali membeli dengan GCP,  ia menawarkan harga murah,  boleh ambi terus untung.  Tak perlu tunggu bulan berikutnya untuk dapatkan komisyen.  Komisyen hanya untuk pembelian produk dealer rangkaian dan insentif memperkenalkan pengedar baru + bonus.   Membeli kembali dari pelanggan juga antara yang paling menguntungkan dalam perniagaan emas ini.  Untuk maklumat lanjut, boleh ke link berikut :
http://jutawangold.com/bagaimana-bermula/bagaimana-menjana-keuntungan-dengan-meniaga-emas.html

Rahsia pengedar emas juga ialah,  mereka boleh menjual emas tanpa susut nilai kerana menjual terus kepada end user (pengguna).  Semua ini boleh dilakukan secara sambilan sahaja, kerana apabila anda sudah konsisten,masyarakat dan kawan-kawan sekeliling pun dah tahu yang anda adalah “tokey emas ” bergerak .

6. Kena cari orang ke mcm MLM, pastu dapat makan komisyen?

GCP bukan syarikat Multilevel Marketing (MLM).  Ia cuma memberikan insentif kepada dealer kerana memperkenalkan orang baru kepada syarikat. Tak salah kan?
 
Sebagai contoh,  kalau sebelum ini anda pernah rekemen kawan-kawan beli barang di sebuah kedai,  paling tidak si tuan kedai cuma mengucapkan “terima kasih”,  tapi GCP memberi penghargaan bukan sekadar terima kasih,   tapi ganjaran RM100 (dealer get dealer) yang dah boleh buat beli emas dan perak dalam gram yang kecil.  Berbaloi kan?

 
Kemudian,  kalau anda seorang yang rajin memperkenalkan GCP kepada orang baru,   syarikat berbesar hati menghargai sekali lagi usaha anda dengan memberikan insentif bonus RM100 bagi bilangan dealer yang diperkenalkan melebihi 9 orang dalam masa sebulan.
Sebagai contoh,dari bulan 1 Jun -30 Jun,anda memperkenalkan 20 orang dealer baru:

 
Ganjaran RM100 x 20 = RM2000
Bonus       RM100 x 20 =RM2000
Total                              =RM4000

 
Bagi setiap pembelian produk 999 dealer tajaan anda,   layak mendapat RM1/gram.Itu sahaja.  Dealer kepada dealer anda,  tiada kaitan dengan anda.  Jadi,  GCP bukan MLM.  :) 

 
Perkataan downline juga tidak digunakan,   sebaliknya digantikan dengan perkataan “rangkaian” dan yang bersesuaian.   Sekiranya anda berkongsi tentang emas dengan orang lain dan mereka berminat,  ianya bonus kepada anda.



7. Syarikat lain jadi ahli dapat macam-macam,  kenapa jadi pengedar GCP cuma dapat biz kad dan id tag?
 
Setiap syarikat ada strategi dan kelebihan masing-masing.  GCP memperuntukkan 30% dari bayaran dealer RM1k ,   iaitu RM300 untuk diberikan kepada pembinaan pusat tahfiz,  masjid,anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.  Ini adalah antara saham akhirat untuk semua pengedar mendapat manfaat berkekalan, IN SHA ALLAH

 
Mana pergi RM700?

 
Selebihnya ialah untuk menampung kos-kos pentadbiran,  kos penghantaran dan pelbagai kos menguruskan syarikat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pengedar.  GCP boleh berikan marketing tools yang percuma kepada pengedarnya, tetapi berapa ramai yang akan menggunakannya.

 
Pengalaman saya sendiri,menyaksikan pengedar-pengedar yang mendapat pelbagai alat tidak menggunakannya sebaliknya simpan begitu sahaja.  Sebaliknya,mereka yang ingin serius,  akan membelinya sendiri dan golongan ini biasanya akan lebih menghargai alat tersebut kerana dibeli sendiri.

 
Begitu juga berapa ramai pengedar yang membayar yuran tapi selepas itu dia sendiri tidak membeli emas,  bagaimana nak promote pada orang lain beli emas.  Orang pun tak yakin sebab barang tak ada.  Sebab itulah dari semasa ke semasa syarat menjadi pengedar berubah iaitu dengan atau tanpa syarat belian produk.

 
Namun begitu,  tiada target sales di GCP dan tiada pembelian wajib ,  terpulang kepada masing-masing untuk berusaha menambah simpanan emas dari semasa ke semasa.
Amat rugi jika bayar RM1k,  tapi untuk diri sendiri pun tak buat simpanan emas,untuk apa mendaftar?  Ini baru betul rugi.

 
Namun saya percaya,  anda yang sedang membaca artikel saya ini golongan yang bijaksana lagi arif mengatur strategi untuk merancang kewangan masing-masing, IN SHA ALLAH


8. Macam mana saya nak jual semula produk GCP?

Pelanggan :
Hubungi dealer yang anda berurusan dulu, silap haribulan offer harga beli balik lebih tinggi (macam saya offer kepada pelanggan yang berurusan dengan saya )  :) 
 
Jika dealer tak dapat bantu, call ofis GCP, nanti mereka akan aturkan dengan dealer/runner.
Cara lain,  boleh bawa produk GCP ke ofis di Nilai dan dapat cash terus. Nak hantar melalui kurier pun boleh.


Pengedar :
Boleh jual pada end user,  kelebihannya ialah boleh jual harga semasa! Inilah untung jadi pengedar.
 
Macam senang nak dapat pelanggan? Sama ada anda berurusan dengan market offline,  atau boleh jual pada peminat-peminat emas di group2 emas di facebook yang tumbuh bak cendawan.

 
Pilihan ke 2 boleh tolak sesama dealer di Group khas untuk dealer GCP seluruh Malaysia.  Dapatlah harga win-win situation. Cara lain sama seperti cara untuk pelanggan di atas .


9. Menurut Uzar,   pembelian emas haruslah tidak melebihi 3 hari,  ada masa jika GCP sibuk menerima banyak tempahan,  penghantaran melebihi 3 hari,  apakah hukumnya penangguhan ini ?

Wang kertas ada khilaf, ulama’ ada cakap setaraf emas, ada cakap tak. Saya  iktikad tak sebab dia susut nilai dan penyusutan nilai wang kertas ini adalah riba’ tersembunyi. So macam iktikad khilaf asb, ada cakap haram,  ada cakap harus.   Pilihan masing2,  so bila saya iktikad wang kertas  tak setaraf emas, maka saya bukan bayar emas dengan emas.
 
Siapa iktikad setaraf emas dgn wang kertas,maka bila dia berbelanja wang kertas mcm dia belanja emas.   Jadi  pada yang iktikad tak setaraf emas dgn wang kertas tu, dia tak termasuk dalam syarat jual beli emas dgn emas mesti tunai dan serahan maksimum 3 hari itu.
Siapa  iktikad setaraf,   dia mesti patuh dgn syarat tunai dan tak lebih 3 hari.  Ini berdasarkan pembacaan dan iktikad, mcm biasa,  dlm bab khilaf tak boleh paksa2 org ikut kita.  Mcm saya,  iktikad saya wang kertas tak setaraf emas dan asb haram, jadi  saya buat apa yg saya belajar dan faham, tapi  saya tak pernah paksa org ikut saya,  sbb saya faham dalam hal khilaf,  pilihan masing2.   Kita org awam,  ulama’ berselisih pendapat berdasarkan ilmu dia,so,kita pilih la ulama’ mana kita nak  ikut selagi selari dgn Islam.


10. Macam mana saya nak tahu emasnya tulen,dan kalau company tutup macam mana?

Setiap pembelian produk GCP disertakan dengan sijil dan resit (gold bar,silver bar dan dinar ), dan resit bagi barang kemas.Anda boleh membawa emas tersebut ke mana-mana kedai emas untuk mengujinya atau mana-mana ar rahnu yang menggunakan mesin yang canggih, bukan densimeter semata-mata kerana menggunakan densimeter sering tak dapat bacaan tepat.  Masalah pada alat,bukan ketulenan emas.  Ia mengambil kira banyak faktor sebenarnya,dari segi berat,jenis sama ada padu atau ringan dan sebagainya.



Sekiranya anda takut GCP tiba-tiba tutup,  tak perlu takut selagi masih memegang emas yang dibeli.   Bukankah emas diterima di mana-mana dan kedai emas juga banyak,  cuma bezanya mereka akan kenakan susut nilai yang tinggi,itu sahaja.  Jika kita menyimpan agak lama,  IN SHA ALLAH kita tetap akan untung.  Lagi pula,  nak dapatkan cash,  tak semestinya menjual emas sahaja,  bukankah kita boleh cagarkan sekejap di ar rahnu untuk dapatkan tunai,  dan tebus kembali ?

Ini kemungkinan jika GCP tutup.  Namun biasanya company yang menjalankan uruniaga  jual dan beli bertahan lama, sebab bisnes emas adalah bisnes yang menguntungkan melainkan terpaksa menanggung kos overhead yang tinggi.
 
Masih ada persoalan yang belum terjawab?

 
Call/Whatapps 
JutawanEmas di talian Hotline 012 3976218 atau add saya di facebook: puan leeza

untuk pertanyaan lebih lanjut,
JutawanEmas  IN SHA ALLAH sedia membantu mereka yang masih baru mengenal emas dan syarikat GCP.