Assalamualaikum & Salam Sejahtera para pencinta EMAS sekalian,
Selamat datang ke laman sesawang JutawanEmas. Saya adalah pengedar sah kepada
GOLDCREST PAVILION SDN BHD PT 7490,
1st Floor, Jalan BBN 1/1E, Putra Point 1
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai (belakang Bank Rakyat Nilai)
HOTLINE : 1-700-81-7969 TEL : 06-7333 869 HP : 012-988 3145/019-303 8226/013-318 0447 Fax : 012-268 4526
GOLDCREST PAVILION SDN BHD adalah syarikat milik penuh bumiputra yang menjalankan aktiviti jual/beli produk-produk jenama GCP GOLD, GCP DINAR, CGP SILVER , CGP JEWELLERY & EMAS TERPAKAI dan sudah 4 tahun di pasaran
Tujuan Utama JutawanEmas, adalah mewujudkan kesedaran dan kefahaman tentang
pelaburan emas & perak di Malaysia. Sasaran kami agar pelanggan-pelanggan kami mampu memiliki emas & perak samada sebagai hiasan ataupun simpanan utk masa depan dan dapat mendalami
ilmu-ilmu emas terutamanya rahsia kelebihan emas & perak. Kami juga akan dedahkan rahsia memaksimakan keuntungan daripada pelaburan senyap ini. Segala info, JutawanEmas akan update di page ini dari masa ke semasa dan sila add sy di face book: puan leeza utk tidak ketinggalan.
Kami juga menyediakan peluang untuk anda menjalankan perniagaan emas & perak fizikal ini tanpa MODAL. Kami di JutawanEmas mencari individu yg berwawasan untuk menjadi ejen yang sah secara Part Time @ Sepenuh Masa. Selain BONUS yg menarik, tunjuk ajar dan bimbingan PERCUMA akan diberi kepada anda. Anda juga berpeluang menghiasi dada2 akhbar terpilih Malaysia dan nama anda akan tersenarai di laman sesawang ini utk tujuan PROMOSI . Lihat disini
Selamat melayari laman web ini dan sila tinggalkan komen-komen anda yang bernas dan membina untuk team JutawanEmas membaiki dan mempertingkatkan kandungan web ini. Jangan lupa untuk mendapatkan info terkini GOLDCREST PAVILION SDN BHD daripada team JutawanEmas.
Hubungi Puan Aliza Ngah Rawi
facebook: Puan Leeza
Call/what apps : 012 3976218
-simpan dahulu, senang kemudian-
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buta Emas vs Celik Emas
Alhamdulillah,semakin ramai yang celik emas-sedar akan kepentingannya dan fungsinya sebagai wang yang sebenar.
Namun di saat semakin ramai yang celik
emas,lebih ramai lagi golongan yang tidak sedar tentang emas.Nanti saya
akan kupaskan kategori-kategorinya berdasarkan pemerhatian saya.Golongan
buta emas ini ada jenis-jenisnya juga.Ini adalah pendapat dan pandangan
peribadi saya,tiada kajian khusus mengenainya.Berdasarkan pemerhatian
saya dan pengalaman berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam apabila
berbicara tentang emas.
Harap anda akan terus setia membaca
blog ini kerana saya mempunyai banyak lagi yang ingin dikongsikan
untuk tatapan anda.InsyaAllah kita sama-sama tingkatkan ilmu emas dan
berkongsi dengan orang lain di sekeliling kita.
Berikut saya senaraikan ciri-ciri orang
yang celik emas dan buta emas dan peringkat ataupun fasa yang akan
dilalui mereka.Di mana anda?
Celik Emas
1.Mula sedar tentang emas-lalu membuat
research mengenainya sama ada melalui forum-forum di
internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak
2.Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.
3.Merasa tidak sabar untuk memiliki
emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang
mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang
lain pula
4.Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.
5.Menyedari akan hakikat bahawa wang
yang sebenar ialah dinar dan dirham,namun untuk mengaplikasikannya
sekaligus amatlah payah.Maka usaha untuk menggunakannya secara
kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.
6.Mengambil langkah memperkenalkan emas
dan perak terlebih dahulu dan menggalakkan orang lain menyimpan emas
sebagai aset yang unggul,kalis inflasi dan mengelakkan dari menyimpan
wang kertas yang susut nilai.Simpanan wang kertas hanyalah untuk
keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot.
7.Sedar wang kertas penuh dengan
riba,dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum
dapat lagi dilaksanakan.Maka dengan simpanan emas dan seterusnya
penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus
menerus.
” Dan
sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya
dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya
jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”
8.Bertindak menjadi peniaga emas untuk
memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Ini
juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada
seorang umat yang lain.
Sabda Nabi SAW
“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”-Riwayat At Tarmizi
Kategori Peminat Emas
1.Menjadikan emas hanya untuk mencari keuntungan melalui jual beli semata-mata-tidak menyebarkan ilmu emas
2.Menyampaikan info tentang emas dan menyimpan emas tapi tidak mampu mengedarkan emas kerana bukan pengedar emas
3.Menyimpan emas dan mengedarkan emas sambil menyampaikan info tentang simpanan emas
4.Menyimpan emas untuk dirinya dan
keluarganya sendiri-dan tidak menyebarkannya.Baginya memadai untuk
dirinya sendiri.Alangkah bagusnya jika golongan ini buang rasa
mementingkan diri sendiri dan kasihan kepada golongan yang buta emas
lalu menyampaikan kebenaran…
Buta Emas
1.Tidak tahu apa -apa tentang
emas.Tidak ada sesiapa yang menyampaikan tentang kepentingan emas,rahsia
wang kertas dan sebab untuk mereka menyimpan emas.
2.Pernah dengar dan baca tentang emas-tetapi tidak meneruskan usaha untuk menggali lebih info tentang emas.Akhirnya buta emas
3.Seseorang telah menyampaikan tentang
emas kepada golongan ini,namun mereka berada di zon selesa menyimpan
wang kertas dan langsung tidak membuka hati untuk mengetahuinya lebih
lanjut.Kesilapan golongan ini ialah kerana merasakan yang penyampai
hanya ingin menjual barang dan tak mahu terlibat.Tak kurang yang takut
jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.
4.Menjual emas tetapi dia sendiri tidak
menyimpan emas-hanya untuk keuntungan semata-mata.Sayang kerana si buta
emas hanya pandai menjual namun diri sendiri tidak menyimpan.Yang
membeli emas dengan golongan seperti ini juga jadi penyimpan emas yang
tidak tahu apa-apa.Dan diajar untuk ‘buy low,sell high (konsep
pelaburan).Emas adalah simpanan dalam erti kata yang sebenar dan
bukanlah pelaburan semata-mata.Namun menjadikannya pelaburan tak
salah,tapi ada caranya.
5.Langsung tidak tahu mengenai dinar
dan dirham.Kalau tahu atau pernah dengar sekalipun,mereka tak tahu apa
fungsinya yang sebenar.Mereka tidak tahu ia adalah untuk tujuan muamalat
(jual dan beli)
6.Tidak
kisah dengan riba ,tidak faham,tidak berusaha ambil tahu dan
mengendahkan larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir
Rasulullah SAW.
Kesimpulannya,masyarakat harus celik
emas dan tugas menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas adalah
tanggungjawab sosial dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam
Dinar dan Dirham pula tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Janganlah kita malu menjadi penyimpan
emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah
jihad. Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.
Nantikan artikel saya akan datang :
1.Pengalaman pertama mencari 9/10 punca rezeki
2.Kenapa perlu simpan emas dan perak
3. Tip Menabung Emas: Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
4. 5 Perkara “JANGAN ” dalam simpanan emas
Kenapa anda harus mulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan?
Baca catatan di bawah dengan hati yang tenang,terbuka dan fahami setiap baris yang ditulis supaya mesejnya sampai kepada anda.
Kemudian tepuk dada masing-masing.
Saya dah bermula,anda bagaimana?
Selamat membaca
Kemudian tepuk dada masing-masing.
Saya dah bermula,anda bagaimana?
Selamat membaca


1. Ada org kata kerja gomen, duit dah pasti masuk tiap bulan, senang buat loan, ada pencen, ada gratuiti, senang itu, senang ini.
2. Ya sy tak nafikan, memang benar, sbb dulu pun sy berada dlm komuniti tersebut. Memang semuanya betul terutamanya gaji, tak pernah putus tiap2 bulan.
3. Tp seperti biasalah, sy nie suka mencari, mencari erti kehidupan, mencari erti kebahagian, kerana apabila kita mencari, pasti kita akan dpt jawapannya, kita tak dpt jawapan sbb tak cari.

5. Semasa sy kerja dahulu, sy selalu sembang dgn pak guard di opis sy, ada satu kisah yg meyentuh hati. Pakcik nie umurnya agak tua, dalam 60 tahun.
Sy tanya dia, “kenapa pakcik kerja lg?” “maklumlah nak, pencen pakcik RM600 jer dulu kerja dekat majlis X, sekarang kena kerja sbg guard dpt la lg RM900″, “Boleh la RM1500 sebulan, tue pun tak cukup hidup di kl nak”
6. Kemudian satu hari sy berjumpa lagi seorang makcik tokey kantin, pun dalam umur hujung 50an. “Soalan yg sama sy tanya, makcik kenapa makcik kerja lagi” “Yerlah dik, makcik nie dulu kerja govt jer, dah pencen hutang rumah belum selesai, kena la buat kerja lebih sikit, mujur dpt kontrak 2 thn nie”
7. Seorang lagi sy jumpa, tp dia nie driver swasta dulu, “pakcik kenapa pakcik kerja lg, umur dah 63 tahun” “anak, pakcik nie dulu kerja dgn syarikat swasta terkemuka, gaji dulu mmg banyak walaupun pakcik driver, dgn insentif khas lg”, “tp anak2 skolah lg, pakcik still kena kerja”
8. Kemudian sy jumpa pulak sorang pencen engineer, pun sama jugak, sy ulang ya, pencen engineer dr jabatan kerajaan. Bukan calang2 tau “Uncle, kenapa uncle kena kerja?” “I silap la, i ingat dah pencen, boleh relax2, tp banyak juga tau gaji ‘hilang’, my pencen sikit jer, so i kena kerja jugak la, nasib baik company baru nie nak ambik I kerja, boleh la topup sikit tiap2 bulan”
9. Kemudian sy terfikir, macam ada sesuatu yg tidak kena, masa tgh kerja, kata mereka ada pencen, tak susahkan anak2, senang dpt loan, bla bla bla. Alih2 dah pencen lain pulak realitinya. Ini harapan ker, suratan kebetulan ker, atau sy yg tersalah tafsir?
10. Sabar2 pembaca sekalian, bukan niat sy utk memperlekehkan mereka yg bekerja biasa, atau makan gaji, sy tahu ramai antara kita mempunyai ibu bapa yg kurang bernasib baik, cuma apa yg sy nak bangkitkan di sini, HARAPAN & REALITI nya sangat berbeza. Sy pernah berada dalam kedua2 situasi, makan gaji, dan berniaga (yakni sekarang). Ibu bapa sy juga dahulu makan gaji. Sebab situasi2 yg saya jumpa nie lah hati sy berkobar2 untuk terus berjuang menjalankan perniagaan, take things positively, jgn cepat melatah.
11. Sy kasihan tgk pakcik makcik yg kena kerja kuat, sedangkan hari tua mereka adalah hari utk menuai, ya mmg walaupun dah tua masih juga kerja, tp diorang bekerja sbb
SEPATUTNYA
“I Work Because I Choose To, Not Because I Have To”
tapi kes2 yg sy jumpa nie, kebanyakannya adalah :
“I work Because I Have To, Not Because I Choose To”
12. Mungkin ada yg berkata, yg mereka tak pandai untuk menguruskan kewangan, tp tgk kes jugak la, kalau duduk di kg, kos sara hidup rendah dan dah biasa dgn lifestlye rendah, MAYBE boleh survive. Tp yg di bandar2 nie?
13. Akhirnya sy dah dpt jawapan, kenapa perniagaan itu sgt penting, walaupun berniaga ini rugi sudah pasti, untung belum tahu lagi tetapi ia boleh menjadi suatu mesin wang yg berterusan ketika kita veteran nanti, asalkan bila berniaga perlu ikut SISTEM, ADA ILMU, DAN ADA COACH YG BOLEH BIMBING KITA.
14. Manusia yang rugi adalah manusia yang jatuh dalam lubang yg sama lebih dari sekali. Belum terlambat untuk kita buat reprogramming minda. Mulakan perniagaan secara part time dahulu, mula2 sehari RM1, kemudian sehari, RM10, sehari RM100, sehari RM1000, dan seterusnya.

Kenapa warga asing lebih celik emas?
Alkisah di suatu hari..
Saya melayan seorang pelanggan tetap pembeli emas yg setia..
seorang warganegara asing..duk bercerita sbb apa dia duk beli emas..
layan ....best jugak dgr celoteh dia..
seorang usahawan berjaya yg humble..
bermula dari zero.. kwn baik suami
Saya kenal 5 org warga asing termasuk dia ni , yg lain tu yg kerja kt gerai Nangkamadu, dri 5 org, 3 yg duk beli emas (celik emas)
Saya kenal beratus org penduduk setempat..tp blh kira dgn jari yg celik emas..
apakan daya.. kita dah jlnkan tanggungjwb kita..klu dh Allah takdirkan hati tk terbuka..buatlah apa pun..ibarat mcm org kena pukau juga duk simpan wang kertas juga.. klu kt nk bljr..kt yg jumpa dgn org yg nk mengajar..warga asing ni pun..Saya tk pernah promote pun, sembang2 biasa.. mereka yang bertanya dulu.. Mudah betul mereka sedar..dan mmg ada yg dh lama bermula..sy tukang supply jer..
Antara sebab kenapa warga asing leibh celik emas dan lebih cpt boleh terima tentg emas (ni berdsrkan pandangan peribadi, pengalaman dilalui dan hasil perbualan dgn mereka)
apakan daya.. kita dah jlnkan tanggungjwb kita..klu dh Allah takdirkan hati tk terbuka..buatlah apa pun..ibarat mcm org kena pukau juga duk simpan wang kertas juga.. klu kt nk bljr..kt yg jumpa dgn org yg nk mengajar..warga asing ni pun..Saya tk pernah promote pun, sembang2 biasa.. mereka yang bertanya dulu.. Mudah betul mereka sedar..dan mmg ada yg dh lama bermula..sy tukang supply jer..
Antara sebab kenapa warga asing leibh celik emas dan lebih cpt boleh terima tentg emas (ni berdsrkan pandangan peribadi, pengalaman dilalui dan hasil perbualan dgn mereka)
-mereka mmg asal org susah,negara mereka miskin-jd bila dpt peluang
dtg sini,mereka bekerja bersungguh-sungguh dan sdar ttg nilai wang
mereka
-wang kertas negara mereka mengalami inflasi yg melampau, setiap
tahun susut nilai semakin tinggi.. anda smua juga tahukan,rm1 kita
bersamaan dgn berapa ribu rupiah mereka? jd mereka nampak, emaslah yg bgus utk disimpan
-menurut mereka,di negara mereka emas lbh mahal,jd peluang yg
ada,mereka bli emas di sini dan bawa balik ke sana,ada yg dpt jual lbh
mahal dri hrga sini.
menurut mereka lagi, org sana tau apa psal harga, juallah berapa pun ,laku
-menurut rakan suami sy pula yg dtg mlm td ; dlm byk2 aset, emas paling sng nk dibahagikan.. Emas mudah dibahagikan
Sebab katanya, dia pernah bg tanah kt slh seorang adiknya, saudara lain bising.. tp bila dia belikan emas sikit2 kt adik dia dlm bntuk brg kemas, sedar2 dh 200g -tak ada siapa pun yg berbunyi
Sebab katanya, dia pernah bg tanah kt slh seorang adiknya, saudara lain bising.. tp bila dia belikan emas sikit2 kt adik dia dlm bntuk brg kemas, sedar2 dh 200g -tak ada siapa pun yg berbunyi
-dia ada byk harta, ank seseorang, klu jd apa2, tentu smua hartanya dpt kt ank dia.. jd apa yg adik beradiknya dpt? sbb tu dia npk, di sinilah kelebihan emas.. dia blh berikan mereka sikit demi sikit
-bawalah emas ke mana2 sekalipun, ttp laku..cuba tgk kedai emas..ada tk daerah yg tk ada kedai emas?
Berbeza dengan masyarakat di Malaysia, yang lebih selesa menyimpan di bank tanpa mengkaji sejarah, isu semasa,dan masa depan
Itulah antara yg dikongsikan dgn sy..
smlm tunjuk koleksi2 emas dan silver…katanya..”sy nk jd geng akak, kumpul emas byk2 lagi..”
sy jwb “jgn..bahaya..sbb bnda ni ketagih..mcm sy..asal tgk wang kertas byk, sy risau..terus sy convert kpd emas.. jd hobi”
dia balas “tak pelah akak, hobi yg menguntungkan.hasil pun nampak”
Moral of the story:
Mereka yg hidup susah, lbh mudah npk masa depan,berbanding mereka yg
hidup dlm zon selesa mcm rkyt msia ni, asalkan smuanya npk “ok” -blh
jalan. tk ada usaha nak ambil peduli. MALAS membaca, MALAS mengkaji..majlis ilmu
pun tk suka nk pergi..jgn kata program berbyr, yg FREE pun byk alasan nk
dtg..
Sempena kedatangan 2013 ni, lakukanlah TRANSFORMASi.... keluar dri zon selesa
dan buat persiapan bukan shj utk kehidupan di dunia..tp jua akhirat..
P/s:Maaf kerana artikel ini banyak shortform kerana saya ambil dari perkongsian saya di facebook.
Berminat nak tau lebih
lanjut? Add saya di fb dan rujuk cara membeli atau mendaftar sebagai
pengedar emas di blog ini,semuanya mudah dicari.
Ayuh bertindak sekarang, JANGAN tangguh lagi.
Sambungan seterusnya:
Bagaimana seorang warga asing blh dtg ke sini ,mengambil peluang yg
ada dan menjadi kaya di bumi asing, sdgkan rkyt msia sndiri lbh selesa
makan gaji, ada rumah sebiji dua biji, dan kereta hasil buat loan
Kisah warga asing yang celik emas
Dah lama admin nak berkongsi kisah ni.Sebenarnya dah siap hari tu,entah macam mana tiba-tiba tekan butang “Publish”,habis hilang jadi zero..kecewa betul.Jadi nak menaip balik,ambil masa la pulak.
Apa yang best sangat artikel kali ni?
Warga asing pun celik emas? Ermm…biasa la tu..(kata sesetengah orang..)
Tengok sahaja warga Kemboja dan Vietnam, kalau mereka tak simpan emas, takkanlah dia boleh hidup senang di negara kita hanya dengan jual kain dan meniaga, betul tak?
Orang kita je yang takut-takut nak bermula dengan simpanan emas, kalau skim cepat kaya dan yang dapat duit bulan-bulan tu laju jer..(semua nak cepat kaya dan nak cepat senang)

Pastu company GCP yang hanya buat urusniaga jual dan beli pun ada yang tanya, sah ke , ada kebenaran BNM ke..
adui…siapa ajar meniaga emas kena ada BNM..cuba tanya kedai2 emas terdekat, jangan kena gelak dah la…hehe..
Itulah masalah,bila benda yang baik macam jual-beli emas ni,ada comp yang buat skim,dan program yang tak sah,abis company yang genuine pun kena tempias

Ok ,back to topic..
Warga asing celik emas bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Persoalannya,kenapa mereka lebih celik emas dari orang kita?Ermm..itu yang menarik perhatian saya.
Gambar atas tu adalah pekerja suami saya,yang sangat celik emas.Dia dah bermula simpan emas sejak emas berharga sekitar rm30+ sahaja pergram.
Sekarang harga emas dah cecah hampir RM190+ pergram (harga pasaran biasa)
Bermakna dah naik hampir 7 kali ganda. Inilah kehebatan pelaburan emas.
Sekarang kawan Kedie pun dah mula beli emas dengan saya.Walaupun sikit sikit,tapi mereka percaya itu lebih baik dari tidak bermula langsung.
Kisah seterusnya saya ambil dari rakan pengedar GCP.
Saya kekalkan cara penulisan mereka.
Ini bkn sebarang bangla..ini bangla celik emas…kenapa sy kta begitu? Ikuti kisah perbualan sy di bwh..
Singkatan :
Bari bhai : bb
Sy: me
Me: bari bhai apa kamu bikin kmu punya simpanan?Sy: me
Bb: sy tarak simpan duit jga..emas jgak simpan
Me: aisehman ini bngla pun pandai simpan emas (bisik hati kecilku)
Me: bari bhai sini mana emas mahu cari
Bb: mustapa sna byk ada jual
Me: mustapa…? Sapa mustapa?
Bb: bkn itu mustapa shopping complex jga..
Me: oooo…Jd aku mnguji bari bhai..
Me: bari bhai 1g bape ye sini?
Bb: apa lu mau? 24k ataw 22k
Me: aiseh man ini bari bhai mmg tahu la pasai emas
Bb: 24k kalu Lbh kurang 75 SGD
Sepertimana yg tertulis di dalam buku pelaburan emas keluaran PTS
yg ditulis oleh saat sukami..benarlah kenapa semasa perang kemboja
mletus sbhagian mereka menjadi perlarian…apa yg mereka bawa??
Yg dibawa mereka adalah logam yg sgt bernilai yakni emas…untuk mengetahui lebih belilah buku pelaburan emas oleh saat sukami..
Mgkin faktor ini bari bhai yg mana menyimpan emas semasa berada di kota singapura ini..
Kita di malaysia masih ramai yg belum menjadi perlarian ataw
perantauan lagi sbb itulah minda kita bkn celik emas sepertimana bari
bhai dan pelarian kemboja…
Kisah 3
Dalam byk dealer nie siapa yg pernah jual emas kat bibik(pembantu rumah)
Saya berjaya jual. Pada mulanya sy promote kat kakak saya. Setelah terang pjg lebar. Sebulan lepas tu. Kakak saya beli.Kemudian bibik dia tanya saya.Pak… kadang2 dia panggil saya, sir. Sir ada jual emas ke? Ye! acuh x tak acuh je saya jawab masa tu tengah tengok blog. “Kenapa, bik?”, tanya saya. ” Saya mahu tengoklah sir.” katanya sambil dekat dengan saya.
“Di negara saya mahal tambah lagi kalau 999.” katanya. Aii! kata saya dalam hati, teror juga bibik kakak saya. Terus saya kata,” emas nie 999.” Terus dia jawab saya nak beli. Terdiam saya dan macam percaya tak percaya. Almaklum le member yg byk duit pun…asyik beri alasan.
” Berapa harganya.”, tanya bibik. Sayapun sebut harga sebelum diskaun. Kalau bibik nak, saya bagi diskaun.Terus dia kata nak. “Nanti saya minta duit dari mem bila dah ada barangnya.”,kata bibik. Pendek cerita akhirnya bibik tu beli 10g. Kini bibik tu dah balik negaranya.***
Begitulah kisahnya. Cerita benar tau.
————————–
Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar,ada yang kata rakyat
Malaysia ni manja,tak pernah susah,sebab tu kurang menghargai peluang
yang ada.Tak taulah sejauh mana kebenaran kata-kata itu.
-simpan dahulu, senang kemudian-